
IBTISAM TRAVEL & TOURS SDN BHD
KPK 4582 SSM 470998-T

BERITA TERKINI
TAMAT TARIKH TUNTUTAN SIJIL UPAH HAJI 2015 (1436H)
Pakej Upah Haji yang telah dilaksanakan pada tahun 2015 dan pada tahun-tahun sebelumnya telah berakhir tarikh tuntutan Sijil dan Cenderahati pada 27 Februari 2016.
Pemberitahuan tarikh tuntutan untuk pelaksanaan upah haji 2015 ini telah disampaikan melalui sms waris-waris. Bagi pelanggan yang mendaftar melalui agen atau wakil syarikat, sila berhubung dengan agen atau wakil tersebut.
PAKEJ UPAH HAJI 1437H/2016 DIBUKA SEKARANG
TAWARAN INI BERMULA 1 MAC 2016 SEHINGGA 30 JULAI 2016.
PAKEJ 4 dalam 1 RM 1500 telah dibatalkan memandangkan tuntutan kenaikan upah dari wakil-wakil pelaksana di Tanah Suci.
TAWARAN UPAH HAJI TERBARU 2016:
PAKEJ BARU RM2500 dengan tawaran (5 dalam 1).
Upah Haji + Upah Umrah + Tahlil + Khatam Quran + Program Waqaf Al Quran.
PAKEJ BAJET RM1700 hanya menawarkan Upah Haji dan Upah Umrah.
PAKEJ UPAH HAJI BAGI YANG UZUR adalah sama harga dengan PAKEJ BAJET.
**Sila dapatkan maklumat terus ke kaunter kami samada melalui talian telefon, sms, whatsapp. emel atau datang ke pejabat kami.
Ibadah haji disyariatkan pada tahun ke-6 Hijriah yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad s.a.w. sebagai menyambung ajaran Nabi Ibrahim a.s.
Persoalan yang sering menimbulkan kekeliruan atau keraguan di kalangan umat Islam adalah berkaitan dengan BADAL HAJI / UPAH HAJI. Adakah amalan mengupah haji dalam agama Islam dibolehkan? Secara ringkas jawapannya seperti fakta berikut:-
-
Ibadah Haji adalah salah satu RUKUN ISLAM.
-
Kemampuan mengerjakan haji terbahagi kepada dua kategori;
PERTAMA (Dilakukan sendiri)
-
Apabila mempunyai kemampuan kewangan dan tubuh badan yang sihat.
KEDUA (Upah atau Badal):
-
Telah meninggal dunia.
Mempunyai kemampuan kewangan tetapi ada halangan kesihatan. Iaitu tidak sempat melakukan ibadah haji kerana tiada daya dan mengalami keuzuran yang mustahil dikerjakan sendiri ibadah tersebut.
Ibadah haji dikerjakan oleh orang lain dengan pembiayaannya diambil daripada harta si mati atau orang yang mengalami keuzuran tersebut.
Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan tuntutan melaksanakan Upah Haji. (Rujuk laman web kami). Hadis-hadis ini jelas menunjukkan tuntutan menunaikan (upah) haji sekiranya memenuhi syarat-syarat wajib haji. Andainya tidak mempunyai kemampuan kewangan, maka tidak wajib diwakilkan kepada orang lain.
Tidak disyaratkan wakil tersebut adalah daripada kalangan kaum keluarga. Malah seseorang anak digalakkan melakukan haji untuk kedua-dua ibu bapanya. Samada dilakukan sendiri atau mengupah orang lain.
Wakil juga tidak disyaratkan samada lelaki atau wanita tetapi disyaratkan telah menunaikan fardu haji untuk dirinya sendiri sebelum melaksanakan upah/badal haji orang lain.
Fardu haji hanya untuk satu roh sahaja bagi satu musim haji dan dia mahir mengerjakan ibadat haji dengan sempurna seperti mengerjakan haji untuk dirinya sendiri
-
Isi Borang Perkhidmatan.
-
Nama waris & maklumat perhubungan.
-
Nama-nama yang dihajikan. (boleh dibin/bintikan dengan ibu/bapa)
-
Tandakan jenis perkhidmatan di sebelah kanan.
-
Tandakan cara tuntutan sama ada ambil sendiri atau pos.
-
Tandatangan waris.
-
-
Bayaran.
-
Secara tunai/cek/deraf bank/wang pos/bank-in (Maybank)
-
Pembayaran terus di Maybank boleh juga dilakukan sekiranya berurusan di pejabat ini, lampirkan slip transaksi ketika berurusan.
-
Lain-lain perkara boleh dibayar tambah jika perlu.
-
-
Akad upah haji.
-
Dilakukan sebaik selesai pembayaran.
-
Jika urusan dilakukan secara telefon/pos/online, pihak kami akan menelefon pihak waris untuk melakukan akad secara telefon.
-
-
Tempoh tamat pendaftaran.
-
Pendaftaran terakhir sebulan sebelum hari wukuf.
-
Pendaftaran sentiasa diterima sepanjang tahun, tuan/puan boleh mendaftar pada bila-bila masa dan akan disempurnakan mengikut kuota syarikat.
-
-
Pelaksanaan Ibadah
-
Dilakukan oleh pelajar-pelajar yang berada di Tanah Suci Makkah.
-
Dilakukan pada musim haji tahun pendaftaran yang sama
-
-
Tuntutan Sijil dan Cenderahati
-
Pihak kami akan menghubungi waris sebulan selepas ibadah haji selesai bagi memaklumkan tarikh tuntutan sijil boleh dilakukan.
-
Tempoh tuntutan hanya dibuka selama 3 bulan dari tarikh mula diserahkan. Sebarang kelewatan, pihak IBTISAM tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan.
-