
IBTISAM TRAVEL & TOURS SDN BHD
KPK 4582 SSM 470998-T

PENGALAMAN
IBTISAM TRAVEL & TOURS SDN BHD berpengalaman menguruskan hal jemaah umrah sejak 1982. Ketika itu belum banyak syarikat yang mengelolakan pakej umrah secara rasmi. Berganjak masa seiring zaman semakin banyak tumbuh syarikat pengelola umrah sehinggakan Kementerian Haji Kerajaan Saudi telah menetapkan garis panduan baru untuk menyambut dan menguruskan Tetamu Allah.
IBTISAM turut bersama mengikuti cara pengurusan baru pakej umrah saban tahun walaupun IBTISAM bukan baru menapak tetapi telah lama dalam bidang ini. Walaubagaimanapun IBTISAM yang masih mengamalkan pengurusan sistem tradisional akan tetap akan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Haji Kerajaan Saudi dan Jabatan Wakaf Zakat Dan Haji Malaysia (Jawhar) secara beransur-ansur bagi mengekang penipuan dalam hal yang melibatkan ibadah umrah.
Sebarang kemusykilan dan semakan mengenai taraf kelayakan dan kelulusan, sila rujuk dan semak web Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia. Ibtisam tersenarai dalam Agensi Pelancongan Berdaftar.
PETIKAN DARI WEB KEMENTERIAN PELANCONGAN:
Umrah merupakan pelancongan luar negeri (outbound) yang perlu dilesenkan dibawah Akta Industri Pelancongan 1992. Hanya syarikat yang mendapat lesen outbound sahaja boleh menjual pakej pelancongan luar negeri. Semakan lesen outbound boleh dibuat di:
-
Pertanyaan terus di Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri: http://www.motac.gov.my/en/contact-us/state-offices
Daripada kesemua syarikat yang mempunyai lesen outbound, sehingga Mei 2014, hanya 59 syarikat sahaja telah berdaftar dan diiktiraf oleh Kerajaan Arab Saudi untuk membawa Jemaah Umrah dari Malaysia. Senarai syarikat tersebut boleh dirujuk di: