
IBTISAM TRAVEL & TOURS SDN BHD
KPK 4582 SSM 470998-T

PENDAHULUAN
IBTISAM TRAVEL & TOURS SDN BHD merupakan 100% milik Dato Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz. Berpengalaman sejak 1982 menguruskan Pakej Umrah dan Haji. Berdaftar secara rasmi dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (sila semak web Kementerian Pelancongan & Kebudayaan, senarai Agensi Pelancongan Berdaftar " http://www.motac.gov.my/semakan/tobtab " nombor rujukan KPK 4582). Ibtisam juga menjadi ahli persatuan Malaysian Association of Tour and Travel Agents - MATTA (semak MA2413).
Sejarah Ibtisam bermula dengan Kelas Talaqqi Musyafahah pada tahun 1982 di Masjid Negara sehingga banyak terlibat dengan program dakwah dan Al Quran sehingga membawa jemaah ke Tanah Suci. Ketika itu belum banyak syarikat travel yang mengelolakan pakej umrah ke Tanah Suci secara rasmi. Saban tahun menunjukkan pertambahan jemaah ke Tanah Suci, sehinggakan Kementerian Haji Saudi telah menetapkan garis panduan bagi tujuan pengurusan Tetamu Allah ke Tanah Suci.
Walaupun Ibtisam bukan baru dalam industri ini tetapi Ibtisam masih mengamalkan pengurusan secara tradisional yang boleh diterima pakai dalam undang-undang dan peraturan. Namun, Ibtisam akan akur dan menerima saranan dari Kementerian Haji Saudi dan Jabatan Wakaf Dan Haji Malaysia (Jawhar) secara beransur-ansur bagi mengekang penipuan dalam hal yang melibatkan ibadah umrah mutakhir ini.
BERITA TERKINI
TAMAT TARIKH TUNTUTAN SIJIL UPAH HAJI 2015 (1436H)
Pakej Upah Haji yang telah dilaksanakan pada tahun 2015 dan pada tahun-tahun sebelumnya telah berakhir tarikh tuntutan Sijil dan Cenderahati pada 27 Februari 2016.
Pemberitahuan tarikh tuntutan untuk pelaksanaan upah haji 2015 ini telah disampaikan melalui sms waris-waris. Bagi pelanggan yang mendaftar melalui agen atau wakil syarikat, sila berhubung dengan agen atau wakil tersebut.
PAKEJ UPAH HAJI 1437H/2016 DIBUKA SEKARANG
TAWARAN INI BERMULA 1 MAC 2016 SEHINGGA 30 JULAI 2016.
PAKEJ 4 dalam 1 RM 1500 telah dibatalkan memandangkan tuntutan kenaikan upah dari wakil-wakil pelaksana di Tanah Suci.
TAWARAN UPAH HAJI TERBARU 2016:
PAKEJ BARU RM2500 dengan tawaran (5 dalam 1).
Upah Haji + Upah Umrah + Tahlil + Khatam Quran + Program Waqaf Al Quran.
PAKEJ BAJET RM1700 hanya menawarkan Upah Haji dan Upah Umrah.
PAKEJ UPAH HAJI BAGI YANG UZUR adalah sama harga dengan PAKEJ BAJET.
**Sila dapatkan maklumat terus ke kaunter kami samada melalui talian telefon, sms, whatsapp. emel atau datang ke pejabat kami.